Pages

19 November 2011

Sambungan...

Etika sukan dalam Islam

1. Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara’.
Permainan yang haram adalah seperti melaga2kan binatang kerana Nabi saw menegah dari melaga2 binatang. (Hr Abu Daud – daif).

2. Pakaian yang digunakan hendaklah menutup aurat. Bagi Wanita hendaklah pakaian tersebut tidak ketat sehingga menampakkan tubuh badan dan tidak jarang.

3. Tidak ada perjudian dalam permainan. Setiap peserta mengeluarkan duit untuk diberi hadiah kepada pemenangnya adalah diharamkan.

4. Tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti kewajipan solat. Firman Allah swt:

“Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar waktu.” (4 : al-Ma’un)

5. Tidak ada perkara yang membahayakan diri sendiri dan manusia lain. Nabi saw telah bersabda yang bermaksud;

“Tidak boleh melakukan perkara yang memudaratkan diri kamu dan orang lain.”
(Hr Ibnu Majah dan ahmad – sahih)

6. Tidak ada percampuran lelaki perempuan yang dilarang. Percampuran yang dilarang adalah yang ada sentuhan lelaki dan perempuan. Nabi saw bersabda yang bermaksud;

“Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hr Tabrani)

7. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah tidak ditonton oleh lelaki samada secara langsung atau pun tidak. Dr Yusuf Qardawi menyatakan:

“Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan syarat2nya. Tidak ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki yang bukan mahram.”

Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh sobuni, Mausu’ah at-Tibbiah al-Feqhian oleh Dr Ahmad Kan3an, Feqhul Lahwi Wat Tarwih dan al-Halal wal Haram oleh Dr Yusuf Qardawi dan al-Al’ab ar-Riadiah ahkamuha wa dawabituha fil Feghil Islami oleh Ali Husein Amin.

01 Oktober 2011

Sukan Dalam Islam..Mari hayati bersama

Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas-nas berikut:-

1). Islam menggalakkan ummatnya untuk sihat dan kuat. Firman Allah swt:

“Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan…” (60 : al-Anfal)

2). Al-Quran memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan. Firman Allah swt:

“Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan tubuh badan pada diri talut.” (247 :surah al-Baqarah)

3) Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda:

المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير

Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.” (Hr Muslim –sahih)

4) Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Maksud hadis yang berbunyi;

“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda “ Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah, aku bersama kamu semua.”(Hr Bukhari – sahih)

5) Nabi saw telah bersukan dengan  isterinya Aisyah ra. Aisyah ra telah meriwayatkan hadis yang bermaksud:
"Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.”(Hr Abu Daud)

6) Nabi saw menggalakkan sahabat2nya bermain dan menonton permainan mereka bersama Aisyah ra. Ini jelas dari hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah r.a yang bermaksud;

“Sesungguhnya aku telah melihat Nabi saw menutupiku dengan kain selendangnya dan aku sedang melihat orang-orang habsyah yang bermain di masjid sehingga aku membuatnya jemu.” (Hr Bukhari dan Muslim)

29 Ogos 2011

Laporan Final Camp 2011


Final Camp 2011,
Hari pertama,
Kami bertolak dari UCSA pada jam 0700 dengan menaiki van bersama En Mustakim,En Firdaus dan En Ayie. Dalam perjalanan yang penuh teruja itu kami terserempak dengan rombongan bas pelajar UiTM Jengka. Kemudian kami bergerak bersama-sama mereka menuju ke UiTM Shah Alam(USA). Kami sampai di USA pada jam 1200 dan mengemaskan barang-barang keperluan sebelum pelajar lelaki menunaikan solat jumaat. Pada sebelah petang kami terus mengemas barang keperluan. Pada sebelah malam pula aktiviti sesi berkenalan antara semua pelajar,fesilitator dan pensyarah.
Hari kedua
Pagi kami dimulakan dengan Malaysia cergas. Kemudian persiapan barang sebelum bertolak ke tasik Cenderuh(TC). Kami semus bertolak ke TC pada jam1300 dan tiba disana pada jam 1530. Seterusnya aktiviti kem craft bermula sehingga jam 1800. Selepas itu persiapan solat magrib dan isyak.
Hari ketiga
Pagi bermula dengam Malaysia cergas dan semua aktiviti bermula.saya berada di kumpulan Tasik Chini bermula dengan aktiviti Jungle Trekking dan Servival. Dalam aktiviti survival,kami dibahagikan dalam kumpulan kecil. Saya berada dalam kumpulan Sg Kinta B. Semasa aktiviti survival,kumpulan kami tidak dapat menghidupkan api. Kami bergelap dalam keadaan sejuk selama 4 jam sebelum ada fesi datan memberi bantuan kepada kami. Itulah pengajaran berguna kepada kami untuk berusaha menyelamatkan diri.
Hari keempat
Setelah pulang dari aktiviti survival,kami deberikan tugas kem craft. Seterusnya kami meneruskan aktiviti ken craft sehingga petang. Pada sebelah malam pula aktiviti post mortem.
Hari kelima
Hari ini kami bermula seperti biasa iaitu aktiviti Malaysia cergas. Pada sebelah petang,kami berkayak merentasi Tasik Cenderuh. Perjalanan yang amat memenatkan tapi kami gembira dapat menghabiskan aktiviti ini. Pada sebelah malam pula aktiviti post mortem.
Hari keenam
Hari ini hari terakhir kami di Kem Tasik Cenderuh. Hari ini kami mengemas barang untuk dibawa pulang. Kami bertolak pulang ke UiTM SA pada jam 1300. Kami sampai di UiTM SA kira-kira jam 1600. Kami mengemas barang untuk disimpan di dalam stor dan dicuci sebelum dibawa pulang ke UiTM Jengka. Pada malam hari,aktiviti persembahan berlansung. Semua kumpulan menyampaikan persembahan masing-masing.
Hari ketujuh
Pagi dimulakan dengan Malaysia cergas. Majlis penutup berlansung dengan penuh ceria. Kami bersiap untuk pulang ke Jengka,Kuantan dan Johor Bahru. Kami tiba di UCSA pada jam 2100.